John Kerry

John Kerry
Potret rasmi, 2021
Wakil Khas Presiden Amerika Syarikat
untuk Iklim
ke-1
Dalam jawatan
20 Januari 2021 – 6 Mac 2024
PresidenJoe Biden
Didahului olehpejabat diasaskan
Digantikan olehJohn Podesta
Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-68
Dalam jawatan
1 Februari 2013 – 20 Januari 2017
PresidenBarack Obama
Didahului olehHillary Clinton
Digantikan olehRex Tillerson
Senator Amerika Syarikat
dari Massachusetts
Dalam jawatan
2 Januari 1985 – 1 Februari 2013
Didahului olehPaul Tsongas
Digantikan olehMo Cowan
Leftenan Gabenor Massachusetts ke-66
Dalam jawatan
6 Mac 1983 – 2 Januari 1985
GabenorMichael Dukakis
Didahului olehThomas P. O'Neill III
Digantikan olehEvelyn Murphy
Maklumat peribadi
Lahir
John Forbes Kerry

(1943-12-11) 11 Disember 1943
Aurora, Colorado, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganJulia Thorne​(k. 1970; c. 1988)​
Teresa Heinz ​ (k. 1995)
AnakAlexandra
Vanessa
Ibu bapaRichard Kerry
Rosemary Forbes
PendidikanYale University
Boston College
Tandatangan
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Amerika Syarikat
Cabang/khidmatTentera Laut Amerika Syarikat
Tahun khidmat1966–1978
PangkatLeftenan
Perang/PertempuranPerang Vietnam

John Forbes Kerry ialah ahli politik Amerika Syarikat yang kini berkhidmat sebagai Duta Khas Presiden Amerika Syarikat untuk iklim dari tahun 2021 hingga tahun 2024 di bawah presiden Joe Biden. Beliau sebelumnya menjawat sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat ke-68 di bawah pentadbiran presiden Obama dari tahun 2013 hingga 2017.

Beliau juga merupakan bekas senator dari Massachusetts dan calon Demokrat dalam pilihan raya Presiden 2004. Beliau dikalahkan oleh George W. Bush. Beliau telah menjadi senator selama 20 tahun, dan berkhidmat sebagai Leftenan Gabenor Massachusetts di bawah Michael Dukakis dari tahun 1983 hingga 1985. Beliau ialah anggota parti Demokrat.

Pada 1 Februari 2013, beliau dilantik sebagai Setiausaha Negara Amerika Syarikat, menggantikan Hillary Clinton. Pencalonan beliau mulai kukuh selepas duta besar A.S. untuk PBB, Susan Rice, mengundur diri sebagai calon kerana mendapat tekanan berhubung isu serangan ke atas konsulat AS di Benghazi, Libya.

Pada 23 November 2020, Presiden terpilih Joe Biden mengumumkan bekas Setiausaha Negara AS John Kerry akan dilantik sebagai Wakil Presiden Khas untuk Iklim dan akan menjadi anggota Majlis Keselamatan Negara Amerika Syarikat (NSC). Beliau menjawat jawatan tersebut setelah Joe Biden mengangkat sumpah jawatan presiden, pada 20 Januari 2021. Beliau meletakkan jawatan beliau pada 6 Mac 2024 untuk bekerja di kempen Presiden Biden 2024.