Peta geologi

Peta geologi merupakan peta khas yang dibuat bagi memaparkan ciri-ciri geologi. Unit batu-batuan dan stratum ditunjukkan dengan warna atau simbol bagi menandakan di mana ciri-ciri tersebut terdedah pada permukaaan. Satah perlapisan dan ciri-ciri berstruktur seperti sesar, lipatan dan lineasi ditunjukkan dalam simbol miring dan jurus dimana ia memberikan orientasi tiga dimensi kepada ciri-ciri itu.

Menurut sejarah, peta geologi tertua yang masih lagi dipelihara adalah Peta Papirus Turin yang dihasilkan sekitar 1150 SM bagi memaparkan deposit emas di Mesir. Pada tahun 1815, ahli geologi berketurunan Inggeris, William Smith pula telah menghasilkan peta geologi Great Britain yang pertama.