Batuk kokol

Batuk kokol
Nama lain
Pertusis
Kanak-kanak lelaki dengan batuk kokol
PengkhususanPenyakit berjangkit
GejalaHidung berair, demam, batuk
KerumitanMuntah, patah tulang rusuk, keletihan
Tempoh~ 10 minggu
PuncaBordetella pertussis (tersebar melalui udara)
Swab nasofarinks
PencegahanVaksin pertusis
RawatanAntibiotik (kalau dimulakan awal)
Kekerapan16.3 juta (2015)
Kematian58,700 (2015)
sunting

Batuk kokol atau pertusis ialah sejenis penyakit berjangkit bakterial dan merupakan salah satu penyakit bervaksin penyebab utama kematian. Terdapat 30-50 juta kes setiap tahun, dan sekitar 300,000 kematian setahun. 90% semua kes berlaku di negara membangun. Simptom pada awalnya sederhana, dan kemudiannya berkembang menjadi batuk kokol, yang menghasilkan bunyi "whoop" nyaring bagi bayi dan kanak-kanak apabila mereka menghirup udara selepas batuk.

Batuk kokol disebabkan oleh bakteria Bordetella pertussis. Ia mudah tersebar melalui batuk dan bersin daripada pesakit. Pesakit bersifat berjangkit dari tempoh mula muncul gejala hingga kira-kira tiga minggu dalam fasa batuk. Mereka yang dirawat dengan antibiotik tidak lagi bersifat berjangkit selepas lima hari. Diagnosis dibuat dengan mengambil sampel dari bahagian belakang hidung dan tekak. Sampel batuk kokol boleh diuji sama ada dengan kultur atau tindak balas berantai polimerase. Penyakit yang serupa tetapi lebih sederhana pula disebabkan oleh B. parapertussis.

Anggaran 16.3 juta orang di seluruh dunia terjangkit pada 2015. Kebanyakan kes berlaku di kawasan negara membangun, dan boleh menjejaskan individu dalam setiap lapisan umur. Pada 2015, pertusis menyebabkan kira-kira 58,700 kematian – menurun daripada 138,000 pada 1990. Wabak penyakit ini mula dihuraikan pada abad ke-16. Bakteria penyebab jangkitan dijumpai pada 1906. Vaksin pertusis mula diguna pakai pada 1940-an.