Pertubuhan Kerjasama Islam
| منظمة التعاون الإسلامي (ar) Organisation of Islamic Cooperation (en) Organisation de Coopération Islamique (fr) | |
| Kerangka | |
|---|---|
| Kependekan | OIC |
| Jenis/bentuk sah | Pertubuhan antarabangsa, pertubuhan antara kerajaan, Islamic organization |
| Bahasa rasmi | Bahasa Perancis, bahasa Arab, bahasa Inggeris |
| Tapak web | new |
| Sejarah | |
| Ditubuhkan | 25 September 1969 |
| Pengurusan | |
| Pengerusi | Hissein Brahim Sem Taha |
| Subsidiari | Statistical, Economic and Social Research and Training Centre for Islamic Countries, OIC-StatCom, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Dunia Islam, OIC Council of Foreign Ministers, Research Centre For Islamic History, Art and Culture |
| Lokasi | |
| Ibu pejabat | Jeddah |
| Lokasi | |
| Koordinat | 21°30′36.2″N 39°10′57.3″E |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC (منظمة المؤتمر الإسلامي; Organisation of Islamic Cooperation) ialah satu pertubuhan antarabangsa di kalangan negara-negara Islam yang mempunyai delegasi tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 negara-negara Islam seluruh dunia yang kebanyakannya dari negara-negara Timur Tengah dan utara Afrika, Caucasus, Asia Tenggara, Asia Tengah, Balkan dan Asia Selatan. Negara-negara ini telah membuat keputusan untuk mengumpulkan sumber mereka bersama-sama bergabung bersatu tenaga dan suara untuk melindungi kepentingan dan memastikan kemajuan dan kebajikan umat Islam di seluruh dunia.
Bahasa rasmi organisasi berkenaan adalah Bahasa Arab, Inggeris dan Perancis. Pada 28 Jun 2011, ia menukar namanya daripada Pertubuhan Persidangan Islam (Arab: منظمة المؤتمر الإسلامي) kepada Pertubuhan Kerjasama Islam.