Pertubuhan Larangan Senjata Kimia

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia
Kerangka
KependekanOPCW 
Jenis/bentuk sahPertubuhan antara kerajaan 
Keanggotaan 190 negara anggota
Semua negara terbabit dengan CWC menjadi anggota secara automatik.
(Pengecualian: lihat keanggotaan)
Bahasa rasmiInggeris, Perancis, Rusia, Cina, Sepanyol, Arab
Tapak webopcw.org
Sejarah
Dibentuk29 April 1997
Pengurusan
Ketua pengarahAhmet Üzümcü
Organ rasmiConference of the States Parties
Executive Council
Technical Secretariat
Perangkaan
Belanjawan €74 juta
Kakitangan/pekerja ~ 500
Anugerah
Hadiah Keamanan Nobel (2013) 
Lokasi
Negara anggota OPCW (hijau)
Ralat Lua pada baris 384 di Modul:Mapframe: attempt to perform arithmetic on local 'lat_d' (a nil value).
Ibu pejabatThe Hague, Belanda
52°05′28″N 4°16′59″E / 52.091241°N 4.283193°E / 52.091241; 4.283193
Lokasi
  • Belanda 
Koordinat52°5′28.3″N 4°16′59.5″E 
sunting · sunting di Wikidata

Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Organisation for the Prohibition of Chemical Weapons, OPCW) ialah sebuah pertubuhan antara kerajaan yang berperanan menggalakkan negara-negara di dunia memeterai dan mengimplementasikan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997. Konvensyen ini menjanjikan penghapusan senjata kimia buat selama-lamanya demi keselamatan dunia. OPCW juga memberi bantuan kepada negara-negara yang mewarisi bahan kimia dari masa silam untuk menghapuskannya.

Pertubuhan ini bukan merupakan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, namun bekerjasama dalam isu dasar dan praktikal. Pada 7 September 2000, OPCW dan PBB telah menandatangani suatu persetujuan kerjasama.

Pertubuhan ini dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel 2013 kerana ia telah, dengan Konvensyen Senjata Kimia, "mentakrifkan penggunaan senjata kimia sebagai pantang larang di bawah undang-undang antarabangsa" menurut Thorbjørn Jagland, Pengerusi Jawatankuasa Nobel Norway.