Konvensyen Senjata Kimia

Konvensyen Senjata Kimia
Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction
Dirangka3 September 1992
Ditandatangani13 Januari 1993 di Paris dan New York
Berkuat kuasa
29 April 1997
SyaratPengesahan oleh 65 buah negara
Penandatangan165
Pihak189 (sehingga Jun 2013)
Senarai penuh
Tujuh negara PBB tidak menyertai Konvensyen: Angola, Myanmar, Mesir, Israel, Korea Utara, Sudan Selatan, Syria
Pemegang simpanan
Setiausaha Agung PBB
sunting

Konvensyen Senjata Kimia atau satu namanya dalam sebuah bahasa rasmi PBB, Chemical Weapons Convention (CWC), ialah sebuah perjanjian berkaitan dengan kawalan senjata yang mengharamkan penghasilan, penyimpanan stok, dan penggunaan senjata kimia dan pelopor kimia-kimia tersebut. Nama Konvensyen dalam bahasa Inggeris ialah Convention on the Prohibition of the Development, Production, Stockpiling and Use of Chemical Weapons and on their Destruction (Konvensyen tentang Larangan Pembangunan, Pembuatan, Penyimpanan Stok dan Penggunaan Senjata Kimia serta Pemusnahannya). Perjanjian ini ditadbirkan oleh Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (Oganisation for the Prohibition of Chemical Weapons, OPCW), sebuah organisasi bebas yang berpangkalan di Hague, Belanda.

Kewajipan utama di bawah konvensyen ini ialah larangan terhadap penggunaan dan pembikinan senjata-senjata kimia, serta pemusnahan semua senjata kimia. Aktiviti pemusnahan disahkan oleh OPCW. Sehingga Januari 2013, lebih kurang 78% daripada stok (yang disytiharkan) senjata kimia sudah dimusnahkan. Konvensyen ini juga memiliki peruntukan untuk menilai gudang-gudang kimia dan tentera secara sistematik, dan juga untuk menyiasat dakwaan tentang penggunaan dan pembuatan senjata kimia berlandaskan maklumat intipan daripada negara-negara treati.

Setakat Jun 2013, 189 negara menyertai CWC, dan dua lagi negara, (Israel dan Myanmar) sudah menandatangani tetapi belum meratifikasi Konvensyen.