Pertempuran Sempadan Parsi

Pertempuran Sempadan Parsi
Sebahagian daripada Kempen Cyrus Agung
Tarikh551 SM?
Lokasi
Di jalan antara Ecbatana dan Pasargadae,
di sebelah sempadan Parsi dengan Media dan Persis
Keputusan Kemenangan taktikal Parsi;
Kemenangan strategik Media.
Perubahan
wilayah
Wilayah-wilayah utara empayar Media menyertai pemberontak Parsi.
Pihak yang terlibat
Empayar Media Persis
Komandan dan pemimpin
Astyages dari Media,
Harpagus,
Lain-lain tidak diketahui
Cambyses II dari Parsi WIA,
Cyrus Agung,
Oebares,
Lain-lain tidak diketahui
Kekuatan
120,000 ke 200,000? kavalri,
3,000 rata
50,000 kavalri,
100 rata
Kerugian dan korban
Heavy Light

Pertempuran Sempadan Parsi adalah pertembungan kedua di antara tentera Media dan Parsi. Meskipun Parsi tidak mendapat kemenangan muktamad, ia menandakan kejatuhan kuasa Media di Asia Barat Daya. Ia merupakan pertempuran pertama yang melibatkan Cambyses I, dan yang pertama beliau berperang bersama-sama anak lelaki beliau, Cyrus Agung. Pertempuran utama pertama, yang berlangsung selama dua hari, merupakan satu percubaan untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Parsi. Ia juga mendorong Parsi untuk meninggalkan selatan, dan bertempur dalam pertempuran ketiga.

Pertempuran ini telah dikisahkan oleh Nicolaus dari Damsyik, orang yang juga memetik Pertempuran Hyrba, tetapi Herodotus tidak memetik akan pertempuran ini. Kebanyakan sejarahwan menganggap Herodotus hanya mengambil kira pertempuran pertama dan terakhir di dalam perang ini, yang mana sebahagiannya berdasarkan perincian kepada dua pertempuran beliau. Kejadian ini merupakan pertempuran utama yang terjadi di antara dua buah kuasa. Cyrus berjaya melepaskan diri daripada musuh tanpa berundur, maka menamatkan pertempuran ini dan menyebabkan pergelutan berpanjangan tanpa kemenangan lengkap untuk Astyages, raja Medes. Pertempuran seterusnya menjadi titik akhir untuk Parsi; di mana kewujudan mereka bergantung kepada keputusan perang, yang mana mesti dimenangi.