Pertempuran Hyrba
| Pertempuran Hyrba | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Sebahagian daripada Kempen Cyrus Agung | |||||||||
| |||||||||
| Pihak yang terlibat | |||||||||
| Empayar Media | Persis | ||||||||
| Komandan dan pemimpin | |||||||||
|
Harpagus, Lain-lain tak diketahui |
Cyrus Agung, Kemudian Harpagus, Lain-lain tak diketahui | ||||||||
| Kekuatan | |||||||||
| 300 kavalri |
5,000 infantri, (bertempur)? 1,000+ kavalri | ||||||||
| Kerugian dan korban | |||||||||
| 250 kavalri | Sangat kecil | ||||||||
Pertempuran Hyrba adalah pertempuran pertama yang berlaku di antara Parsi dan Media. Ia juga merupakan pertempuran pertama Parsi selepas memberontak. Tindakan ini diketuai (bagi sebahagian besar) oleh Cyrus Agung, dan mengubah kuasa di kawasan Timur Tengah purba. Kejayaan pertempuran ini menghasilkan empayar pertama Parsi, dan memulakan penaklukan panjang sedekad Cyrus ke atas hampir kesemua ketamadunan dunia yang diketahui. Meskipun kisah terperinci pertempuran ini diperolehi dari Nicolaus dari Damsyik, sejawahwan terkenal yang lain seperti Herodotus, Ctesias, dan Strabo juga ada menyebut akan pertempuran ini di dalam catatan mereka.
Keputusan ini memberi tamparan hebat kepada Medes, yang mana Astyages telah memutuskan untuk menyerang Parsi sendiri. Serbuan terburu-buru ini akhirnya menyebabkan kejatuhan beliau. Sebaliknya, bekas musuh-musuh Medes cuba untuk menentang mereka, sebelum digagalkan oleh Cyrus. Maka satu tempoh berbaik-baik semula bermula, yang mana membantu mewujudkan satu hubungan erat di antara Parsi dan Medes, dan membolehkan Ecbatana, ibukota Media, diserahkan kepada Parsi sebagai sebuah ibukota Parsi di dalam empayar yang baru diasaskan ini.