Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17
| Nama asal | Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim |
|---|---|
| Tarikh | 20 Julai 2024 |
| Lokasi | Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur |
| Koordinat | 3°09′41″N 101°39′49″E / 3.16139°N 101.66361°E |
| Hadirin |
|
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong yang ke-17 telah dilangsungkan pada 20 Julai 2024 bagi menabalkan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 2024. Sultan Ibrahim telah dipilih oleh Raja-Raja Melayu pada Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-263 di Istana Negara pada 27 Oktober 2023 bagi tempoh 5 tahun mulai 31 Januari 2024 untuk menggantikan Al-Sultan Abdullah.