Persidangan Kaherah

Persidangan Kaherah
Chiang Kai-shek, Franklin D. Roosevelt, dan Winston Churchill di persidangan pada 25 November 1943
TarikhNovember 22–26, 1943 (1943-11-22 – 1943-11-26)
TempatKediaman Alexander Comstock Kirk
LokasiKaherah, Mesir
Juga dikenali sebagai
Sextant (nama kod)
Hadirin
HasilPenubuhan Deklarasi Kaherah

Persidangan Kaherah (nama kod: Sextant) pada 22 hingga 26 November 1943, yang telah diadakan di Kaherah, Mesir. Persidangan ini antara pandangan Pihak Bersekutu terhadap Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan menjadi peperangan di Asia. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt, Perdana Menteri United Kingdom Winston Churchill, dan Generalissimo Chiang Kai-shek dari Republik China. Ketua Kesatuan Soviet Joseph Stalin tidak hadir kerana wakilnya Chiang Kai-shek menggantikan peranan beliau, tambahan lagibeliau juga ingin membuat strategi untuk mengalahkan tentera Jepun. (Persetujuan Perkecualian Soviet-Jepun pada 1941 merupakan perjanjian selama lima tahun antara dua negara; pada tahun 1943 Kesatuan Soviet tidak berperang dengan Jepun, tetapi dengan China, UK dan US.)


Persidangan di Kaherah telah diadakan di tempat tinggal wakil Amerika ke Mesir, Alexander Kirk, berdekatan Perkuburan Giza.Dua hari kemudian, Stalin telah bertemu dengan Roosevelt dan Churchill di Tehran, Iran untuk memulakan Persidangan Tehran.

Perisytiharan Kaherah yang dikeluarkan selepas persidangan tersebut pada 27 November 1943 dan "deklarasi Kaherah" disiarkan melalui radio pada 1 Disember 1943,menuntut penyerahan kalah tanpa syarat oleh Jepun, pemulangan semua wilayah yang diduduki kepada China, serta pembentukan semula Asia Timur pasca perang. Ketiga-tiga Kuasa Besar yang hadir itu berkata "Jepun telah mengambil kesemua pulau di Pasifik dan mendudukinya sejak Perang Dunia Pertama pada 1914." kesemua wilayah itu daripada China, seperti Manchuria, Formosa, dan Penghu, "kesemua itu akan bersatu menjadi Republik China", dan "Korea akan menjadi bebas dan merdeka".