Persembahan curahan
Persembahan curahan ialah upacara mencurah cecair sebagai korban kepada dewa atau roh, atau untuk mengenang orang yang telah mati. Ia amalan dalam banyak agama zaman purba dan masih dilakukan dalam berbagai-bagai budaya hari ini.
Pelbagai bahan digunakan sebagai air persembahan, paling biasanya wain atau arak, minyak zaitun, madu, dan di India, minyak sapi. Bejana yang digunakan dalam upacara itu selalunya mempunyai rupa yang membezakannya daripada bekas minuman biasa. Minuman persembahan itu mungkin dicurahkan ke atas sesuatu yang mempunyai kepentingan agama, seperti mazbah, atau ke atas tanah.