Mazbah

Mazbah (Jawi: مذبح) atau altar (Jawi: التر) ialah meja atau pelantar untuk meletakkan persembahan keagamaan, untuk korban, atau untuk upacara-upacara lain. Mazbah terdapat di keramat, kuil, gereja, dan tempat-tempat ibadat lain. Ia kebanyakannya digunakan dalam paganisme, Kristian, Buddha, Hindu, Yahudi, paganisme moden, dan dalam komuniti Islam tertentu di sekitar Caucasia dan Anatolia. Banyak kepercayaan purba dan abad pertengahan turut menggunakannya, seperti agama Rom, Yunani, dan Nor.