Negeri Bersekutu Mikronesia

Negeri Bersekutu Mikronesia
Federated States of Micronesia
Bendera Seal
Cogan kataPeace, Unity, Liberty
Lagu kebangsaan"Patriots of Micronesia"
Ibu negaraPalikir
6°55′N 158°11′E / 6.917°N 158.183°E / 6.917; 158.183
BandarWeno
Bahasa rasmiBahasa Inggeris
Bahasa diiktiraf
  • Bahasa Chuuk
  • Bahasa Kosrae
  • Bahasa Pohnpei
  • Bahasa Yap
Kumpulan etnik
(2000)
  • 48.8% Chuuk
  • 24.2% Pohnpei
  • 6.2% Kosrae
  • 5.2% Yap
  • 4.5% Yap Luar
  • 1.8% Orang Asia
  • 1.5% Polinesia
  • 6.4% Lain-lain
  • 1.4% Tidak diketahui
Agama
(2016)
DemonimMicronesian
KerajaanRepublik persekutuan
• Presiden
David Panuelo
• Naib Presiden
Yosiwo George
Badan perundanganKongres
Kemerdekaan 
• Perjanjian Persatuan Bebas
3 November 1986
Keluasan
• Jumlah
702 km2 (271 bt2) (ke-177)
• Perairan (%)
boleh diabaikan
Populasi
• Perkiraan 2019
104,468 (ke-19)
158.1/km2 (409.5/sq mi) (ke-75)
KDNK (PPP)2019
• Jumlah
$367 juta
$3,584
KDNK (nominal)2019
•  Jumlah
$383 juta
$3,735
Gini (2013)40.1
sederhana
HDI (2018) 0.614
sederhana · ke-135
Mata wangDolar Amerika
(USD)
Zon waktu()
• Musim panas (DST)
tiada
Format tarikhMM/DD/YYYY
Arah memandukanan
Kod panggilan+691
Kod ISO 3166FM
DPT internet.fm

Negeri Bersekutu Mikronesia (bahasa Inggeris: Federated States of Micronesia) merupakan sebuah negara gabungan beberapa pulau di rantau Micronesia, Lautan Pasifik. Ia mendapat kemerdekaan daripada Amerika Syarikat pada 1986.

Meskipun luas daratan Negeri Bersekutu Mikronesia adalah kecil, namun keluasan sebenar negara ini melitupi lebih daripada 2,600,000 km2 (1,000,000 bt2) kawasan Lautan Pasifik. Ibu kotanya adalah Palikir yang terletak di Pulau Pohnpei sementara kota terbesarnya ialah Weno yang terletak di Atol Chuuk.

Negeri Bersekutu Mikronesia dulu merupakan sebagian dari Wilayah Perwalian Kepulauan Pasifik (TTPI), wilayah pentadbiran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di bawah Amerika Serikat, kemudian membentuk pemerintahan pemerintahan sendiri pada 10 Mei 1979 yang kemudian menjadi negara berdaulat tanggal 3 November 1986. Tiga negara bekas anggota TTPI lainnya, membentuk pemerintahan sendiri dan menjadi Kepulauan Marshall dan Palau. Federasi Mikronesia mempunyai kerusi di PBB.

Negeri Bersekutu Mikronesia adalah sebagian dari Perjanjian Persatuan Bebas dengan Amerika. Negara ini mendapat bantuan berupa bantuan ekonomi, kesihatan, dan bencana alam. Penduduk Mikronesia juga dibolehkan bekerja dan tinggal di Amerika Syarikat. Sebaliknya, Amerika dibolehkan secara bebas menggunakan Mikronesia sebagai markas ketentaraan, dan penduduk Mikronesia juga dibolehkan mendaftar sebagai tentera Amerika Syarikat.