Perlombongan data
Perlombongan data ialah suatu proses menemukan corak dalam set data besar yang melibatkan persimpangan pembelajaran mesin, statistik dan sistem pangkalan data. Proses penting ini menggunakan kaedah kecerdasan untuk memperoleh corak data. Ia merupakan subbidang sains komputer yang bersifat antara disiplin.
Proses ini bermatlamat memperoleh maklumat daripada set data seterusnya menukarkan maklumat tersebut menjadi suatu struktur yang mudah difahami untuk penggunaan selanjutnya. Proses perlombongan ini merupakan langkah menganalisis dalam proses penemuan pengetahuan dalam pangkalan data (knowledge discovery in databases, atau KDD).