Pembelajaran mesin

Pembelajaran mesin ialah suatu bidang sains komputer yang menggunakan kaedah-kaedah statistik membolehkan sistem komputer "mempelajari" (yakni, mengingkatkan prestasi mengerjakan sesuatu tugasan tertentu) dengan data tanpa diprogramkan secara terang-terangan. Aplikasi ini datangnya daripada kajian pengecaman pola dan teori pembelajaran pengkomputan dalam kecerdasan buatan.

Pembelajaran ini meneroka pengkajian dan pembinaan algoritma yang boleh dipelajari serta peramalan data – algoritma sebegini melepasi arahan program yang tegar dengan membuat ramalan atau keputusan berdasarkan data melalui pembinaan model daripada input contoh. Ia dipakaikan dalam pelbagai tugasan pengkomputan di mana perekaan dan pembinaan algoritma yang jelas sukar mahupun tidak boleh dibuat; misalnya penapisan e-mel, pengesanan unsur penceroboh yang membocorkan data, pengecaman ciri optik (OCR), dan sebagainya.