Perlembagaan Korea Utara

Perlembagaan Sosialis Republik Rakyat Demokratik Korea
Gambaran keseluruhan
Tajuk asal조선민주주의인민공화국 사회주의헌법
Bidang kuasaRepublik Rakyat Demokratik Korea
Disampaikan23 Oktober 1972
Diratifikasikan27 Disember 1972
Tarikh dikuatkuasa27 Disember 1972
SistemRepublik satu parti kesatuan
Struktur kerajaan
Cawangan3
Ketua negaraPengerusi Suruhanjaya Hal Ehwal Negeri
DewanSatu kamar (Dewan Rakyat Agung)
EksekutifKabinet pimpinan Perdana Menteri
Badan kehakimanMahkamah Pusat
Kolej pilihan rayaYa (Dewan Rakyat Agung)
Sejarah
Badan perundangan pertama25 Disember 1972
Eksekutif pertama27 Disember 1972
Mahkamah pertama27 Disember 1972
Pindaan7
Kali terakhir dipinda29 Ogos 2019
Ditauliahkan olehJawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea
PengarangJawatankuasa Pusat Parti Pekerja Korea
PenandatanganDewan Rakyat Agung
MenggantikanPerlembagaan 1948
Perlembagaan Sosialis Rupublik Rakyat Demokratik Korea
Chosŏn'gŭl
Hancha
Perumian SemakanJoseon Minjujuui Inmin Gonghwagug Sahoejuui Heonbeob
McCune–ReischauerChosŏn Minjujuŭi Inmin Konghwagung Sahoejuŭi Hŏnbŏp

Templat:Politics of North Korea Perlembagaan Sosialis Republik Rakyat Demokratik Korea (Chosongul: 조선민주주의인민공화국 사회주의헌법) ialah perlembagaan Korea Utara. Perlembagaan ini telah dipersetujui oleh Dewan Rakyat Agung ke-6 pada sesi pertamanya pada 27 Disember 1972, dan telah dipinda dan ditambah pada 1998, 2009, 2012, 2013, 2016 dan 2019. Ia diganti dengan perlembagaan pertama negara yang diluluskan pada tahun 1948.

Perlembagaan ini mengandungi tujuh bab dengan 171 perkara dan mengkanunkan prinsip asas Korea Utara terhadap politik, ekonomi, budaya dan pertahanan negara, hak asasi dan kewajipan warganegara, pertubuhan kerajaan Korea Utara dan simbol kebangsaan negara.

Korea Utara juga ditadbir oleh Sepuluh Prinsip Penubuhan Sistem Ideologi Teguh, yang beberapa mendakwa telah datang menggantikan perlembagaan dan pada praktiknya digunakan sebagai undang-undang agung negara.