Perlawanan Akhir Piala AFC 2015

Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 2015
PeristiwaPiala AFC 2015
Tarikh31 Oktober 2015
TempatStadium Pamir, Dushanbe
Permain terbaik Safiq Rahim
PengadilMinoru Tōjō (Jepun)
Kehadiran18,000
CuacaMendung
16 °C (61 °F)
← 2014
2016

Perlawanan Akhir Piala AFC 2015 adalah perlawanan akhir Piala AFC 2015, edisi yang ke-12 Piala AFC, pertandingan bola sepak yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) untuk kelab-kelab daripada "negara membangun" dalam Asia.

Perlawanan akhir ialah perlawanan tunggal antara pasukan dari Tajikistan Istiklol dan pasukan dari Malaysia Johor Darul Ta'zim. Perlawanan itu dihoskan oleh Istiklol di Stadium Pamir di Dushanbe pada 31 Oktober 2015.

Johor Darul Ta'zim memenangi perlawanan akhir dengan menewaskan Istiklol dengan keputusan 1–0.