Perhimpunan Agung UMNO 2008
| Perhimpunan Agung UMNO 2008 | |
|---|---|
Pusat Dagangan Dunia Putra (kini Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur) | |
| Tarikh | 24-28 Mac 2009 |
| Tempat | Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra |
| Bandar raya | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Pengerusi | Badruddin Amiruldin |
| Persidangan sebelum ini | Perhimpunan Agung UMNO 2007 |
| Persidangan seterusnya | Perhimpunan Agung UMNO 2009 |
Perhimpunan Agung UMNO 2008 ialah sebuah siri perhimpunan agung bagi parti politik di Malaysia, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO). Ia merupakan perhimpunan agung parti tersebut untuk kali ke-58. Ia berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 24 hingga 28 Mac 2009, selepas berlakunya beberapa pindaan tarikh. Dalam perhimpunan ini, dijadualkan berlangsung pemilihan kepimpinan baharu yang sepatutnya berlangung pada 2007.