Pergerakan Kīngitanga

Pergerakan raja Maori atau Kīngitanga merupakan suatu pergerakan politik yang ditubuhkan dalam kalangan puak-puak Māori di Pulau Utara New Zealand sejak tahun 1850-an, dengan tujuan mewujudkan suatu kedudukan yang bukan sahaja menyatukan puak-puak Māori tetapi juga mewujudkan suatu kedudukan dianggap setaraf dengan pangkat raja atau ratu diwakili golongan penjajah British agar dapat menghentikan pemisahan atau penjualan tanah milik orang Māori.

"Raja" atau Kīngi ini kini bertindak dalam suatu kedudukan yang tiada taklukan dalam perlembagaan, tanpa kuasa perundangan mahupun kehakiman yang khusus dalam kerajaan New Zealand.