Iwi

Iwi ([i.wi]) merupakan unit masyarakat pertama dan terbesar yang ada dalam kalangan orang Māori iaitu masyarakat peribumi New Zealand. Unit mirip suku ini dibentuk secara simbolik didasarkan kepada kelompok-kelompok orang yang berhijrah dari Polinesia (terutamanya dari rantau Hawaiki) melalui suatu salasilah keluarga (whakapapa) dan kumpulan yang mendayung dalam perahu-perahu khas iaitu waka.

Iwi-iwi ini memainkan peranan penting dalam masyarakat serta politik New Zealand moden lagi-lagi sebagai pemegang kuasa dalam hal pengurusan tanah berikutan penandatanganan Perjanjian Waitangi.