Peredaran hidroterma

Peredaran hidroterma secara am merujuk kepada kitaran air panas (Yunani Purba ὕδωρ, air, dan θέρμη, haba ) dalam sistem Bumi. Peredaran hidroterma wujud lazimnya di kawasan sumber aba dalam kerak Bumi. Secara lazim, fenomena ini berlaku berdekatan kawasan gunung berapi, tetapi juga boleh berlaku di kawasan kerak cetek atau sederhana di jurang-jurang dalam tak sekata atau kawasan kerak dalam yang berkait dengan perejahan granit, atau akibat orogeni atau metamorfisme.