Perayaan Hantu Lapar

Perayaan Hantu Lapar
Nama rasmiAgama Buddha:
Ullambana

Fahaman Tao dan kepercayaan tradisi:
Zhōngyuán Jié
Juga dikenali sebagai
Bulan Hantu
Diraikan oleh/di
penganut agama Buddha, Tao, agama tradisional Cina
JenisPerayaan Cina dan agama Buddha
KepentinganPembukaan pintu Neraka, membolehkan semua hantu untuk mendapat makanan dan minuman
UpacaraPenyembahan nenek moyang, menderma makanan (kepada para sami dan juga yang telah meninggal), membakar kertas topekong
Tarikhmalam ke-14 bulan qamari ke-7
Berkaitan dengan
Berasal dari perayaan India Kuno .

Perayaan Hantu Lapar atau Perayaan Hantu Lapar adalah perayaa Yulapen dalam agama Buddha. Perayaan ini juga disambut dalam agama Taoisme dan dikenali sebagai Zhongyun. Perayaan ini disambut dalam dalam beberapa negara di Asia Timur dan Asia Tenggara. Perayaan ini dikatakan berasal dari India Kuno berdasarkan catatan dalam kitab buddha yang diekanli sebagai Yulanpen or Ullambana Sutra.. Bentuk perayaan Theravada di Asia Selatan adalah jauh lebih lama usianya, berasal daripada Petavatthu, sebuah Kitab Buddha dalam bahasa plai yang bertarikh sekitar abad ke-3 Bentuk perayaan Theravada di Asia Selatan dan Asia Tenggara (termasuk Pchum Ben di Kemboja) adalah jauh lebih lama usianya, berasal daripada Petavatthu, sebuah kitab dalam Kanon Pali yang mungkin bertarikh sekitar abad ke-3 SM. Catatan dalam Petavatthu secara umum serupa dengan yang kemudian direkodkan dalam Yulanpen Sutra, walaupun ia berkaitan dengan murid Sāriputta dan keluarganya, bukannya Moggallāna.

Ciri-ciri terpenting dalam Bulan Hantu ialah penyembahan nenek moyang, yang mana ketaatan para keturunan disambungkan kepada para leluhur walaupun selepas kematian mereka. Kegiatan yang dijalankan pada bulan ini termasuk menyediakan persembahan makanan secara ritual, pembakaran wang neraka dan bungkusan yang mendandungi kain untuk memberi penghormatan kepada roh-roh leluhur yang menziarah, iaitu melayan orang yang meninggal seolah-olah mereka masih hidup. Makanan dihidangkan dengan kerusi kosong bagi setiap ahli yang meninggal dalam keluarga. Keraian yang lain termasuk melepaskan perahu kertas kecil dan tanglung di atas air, yang menandakan tindakan membantu roh-roh sesat mencari jalan.

Perayaan Hantu Lapar
Food offerings for the Ghost Festival
Tulisan Cina Tradisional中元節
Tulisan Cina Ringkas中元节
Alternative Chinese name
Tulisan Cina Tradisional盂蘭盆節
Tulisan Cina Ringkas盂兰盆节
Second alternative Chinese name
Bahasa Cina七月半