Perang New Zealand

Perang New Zealand
Ngā pakanga o Aotearoa
New Zealand Wars

Tempat memperingati korban perang tanah ini di Auckland War Memorial Museum, bersertakan dengan bendera-bendera British serta Kempen Tauranga turut kibarkan di sini. Slogan "Kia mate toa" di latar belakang difahamkan bermaksud "berjuang sehingga mati."
Tarikh1845–1872
Lokasi
New Zealand
Keputusan kemenangan di pihak British
Perubahan
wilayah
New Zealand Settlements Act 1863; perampasan 16,000 km2 (6,200 bt2) tanah Māori land
Pihak yang terlibat

 Empayar British

sekutu Māori
pahlawan Māori
Kekuatan
18,000 orang (kemncak) 5,000 orang (kemuncak)
Kerugian dan korban
745 orang terkorban (tmsk yang awam) 2,154 orang terkorban (tmsk yang awam)

Perang New Zealand (Bahasa Māori: [Ngā pakanga o Aotearoa] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help), bahasa Inggeris: New Zealand Wars) atau Perang Tanah (Land Wars) merupakan suatu siri konflik bersenjata yang berlangsung di negara tersebut dari tahun 1845 sehingga 1872 antara kerajaan British New Zealand dengan puak-puak Māori.

Meskipun perang ini asalnya berpunca dari konflik setempat yang dicetuskan pertelingkahan dalam pembelian tanah, persengketaan ini mula menjadi sengit setelah kerajaan British menyedari keadaan mereka menghadapi penentangan terhadap pembelian tanah yang selanjutnya serta keengganan puak-puak Māori mengiktiraf kedaulatan British. Maka, kerajaan tersebut mengarahkan ribuan tentera British ke kempen-kempen menawan pergerakan Kīngitanga serta juga untuk memperoleh tanah untuk tujuan pertanian dan kediaman penjajah British. Sebahagian daripada kempen-kempen ini kemudiannya bertujuan menghapuskan pergerakan Hauhau, suatu puak ekstrimis agama Pai Mārire yang sangat menentang persempadanan tanah Māori tanah serta berhasrat mengukuhkan identiti orang Māori.