Perang Kemboja-Vietnam

Perang Kemboja-Vietnam
Sebahagian daripada Perang Indochina Ketiga, Perang Indochina, Perang Dingin
TarikhApril 1977 – September 1989
Pertempuran berskala kecil bermula sejak bulan Mei 1975
Pertempuran berskala besar berlangsung antara 25 Disember 1978 dan 7 Januari 1979
(serangan ke atas Demokratik Kampuchea oleh tentera Vietnam berlaku sehingga kejatuhan Phnom Penh).
Lokasi
Kemboja, selatan Vietnam, timur Thailand
Keputusan

Kemenangan Vietnam.

  • Perlucutan Khmer Rouge dari kekuasaan
  • Penamat Pembersihan kaum Kemboja
  • Demokratik Kampuchea digantikan dengan Republik Rakyat Kampuchea
  • Vietnam menduduki Kemboja
  • Pertempuran berterusan dengan pelbagai kumpulan pecahan Kemboja
  • Mencetus konflik sempadan dengan Vietnam dan China dan Vietnam dan Thailand
Pihak yang terlibat
Vietnam (VPA)
KUFNS
Republik Rakyat Kampuchea (KPRAF) (selepas 10 Januari 1979)
Disokong oleh:
Kesatuan Soviet
Laos

Demokratik Kampuchea (RAK)
CGDK:

  • NADK
  • KPNLF
  • FUNCINPEC

Disokong oleh:
China
 Amerika Syarikat
 United Kingdom


Konflik selepasnya:

 Thailand (Pertikaian sempadan)
Komandan dan pemimpin
Lê Đức Anh
Heng Samrin
Hun Sen
Pol Pot
Khieu Samphan
Son Sann
Norodom Sihanouk
Kekuatan
150,000-200,000 tentera Vietnam 1979: 73,000
1989: 30,000
Kerugian dan korban
1979–1989:
15,000 mati
30,000 cedera
atau 25,300 mati

1979: 15,000 mati

Jumlah: 50,000+ mati
100,000+ orang awam mati (termasuk kebuluran)

Perang Kemboja-Vietnam merupakan satu konflik bersenjata yang berlaku di antara Republik Sosialis Vietnam dan Demokratik Kampuchea. Pada 25 Disember 1978, Vietnam telah melancarkan satu serangan mendadak ke atas Kemboja, dengan pantas berjaya mengalahkan rejim Khmer Rouge dan mengusir saki-baki tentera ke dalam Thailand. Vietnam melakukan serbuan ini bagi membalas provokasi Kemboja, apabila rejim Pol Pot bertindak secara ganas ke atas Vietnam, melakukan pembersihan etnik besar-besaran ke atas orang Vietnam yang tinggal di Kemboja, dan melancarkan satu siri serangan melepasi sempadan yang menyebabkan kematian ramai penduduk Vietnam.

Semasa Perang Vietnam, komunis Vietnam dan Khmer Rouge telah membentuk satu persekutuan untuk menentang rejim yang disokong oleh Amerika Syarikat di dalam negara mereka. Di sebalik kerjasama erat dengan Vietnam, kepimpinan Khmer Rouge gusar akan pihak komunis Vietnam cuba membentuk sebuah persekutuan Indochina dengan Vietnam sebagai pihak yang dominan di wilayah ini. Dalam satu usaha cubaan awal untuk mengagalkan usaha Vietnam, kepimpinan Khmer Rouge mula membersihkan anggota yang dilatih oleh Vietnam selepas rejim Lon Nol dijatuhkan pada tahun 1975.