Tecumseh

Tecumseh ([ti.kam.si]; Mac 1768 – 5 Oktober 1813) ialah seorang pahlawan dan ketua berbangsa orang asli Amerika dari puak Shawnee yang memimpin sebuah gabungan pelbagai puak pada awal abad ke-19.

Beliau mengimpikan sebuah negara didirikan orang Asli Amerika yang merdeka di sebelah timur Sungai Mississippi di bawah naungan British dengan pelawaannya kepada puak-puak asli di selatan kawasan Amerika Syarikat.

Hidup Tecumseh diagungkan sebagai seorang perwira utama dalam sejarah Amerika Utara.