Baba Nyonya
Baba Nyonya 峇峇娘惹 بابا ڽوڽا | |
|---|---|
Gambar klasik sekumpulan rupawan Nyonya meragakan Kebaya Sarong. | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Malaysia dan Singapura | |
| Bahasa | |
| Bahasa Baba dan Bahasa Melayu , Bahasa Melayu Malaysia , Hokkien Pulau Pinang dan Bahasa Cina | |
| Agama | |
| Buddha Mahayana, Kristian, Konfusianisme, Taoisme, Islam | |
| Kumpulan etnik berkaitan | |
| Cina Malaysia , India Malaysia dan Cina Singapura |
Baba Nyonya (juga dikenali sebagai Peranakan Cina, Cina Selat atau Straits Chinese) ialah komuniti etnik keturunan Cina yang unik di Semenanjung Tanah Melayu, khususnya di Malaysia, Singapura, dan Indonesia. Mereka merupakan hasil perkahwinan antara lelaki Cina yang datang dan menetap di Nusantara pada zaman Kesultanan Melaka dengan wanita tempatan seperti Melayu, Jawa, atau Siam sejak abad ke-15.
Lelaki Peranakan dikenali sebagai Baba, manakala wanita dikenali sebagai Nyonya. Istilah "Baba" berasal daripada kata Hindi atau Parsi bermaksud "ayah" atau "datuk", manakala "Nyonya" dipercayai berasal daripada kata Portugis lama donha bermaksud "wanita". Budaya Baba Nyonya merupakan gabungan unik antara unsur tradisional Cina dengan kebudayaan Melayu dan kemudiannya pengaruh kolonial Eropah. Gabungan budaya ini telah menghasilkan bahasa, masakan, pakaian, seni bina dan adat resam tersindiri Boba Nyonya.