Perak FA II
| Nama penuh | Persatuan Bola Sepak Perak II | ||
|---|---|---|---|
| Gelaran | Seladang (The Bos Gaurus) | ||
| Diasaskan | 30 Julai 2015 (PKNP FC) 2019 (Perak FA II) | ||
| Stadium | Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Manjung, Perak (Kapasiti: 15,000) | ||
| Presiden | Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu | ||
| Pengurus | Datuk Adly Shah Ahmad Tah | ||
| Jurulatih | Abu Bakar Fadzim | ||
| Liga | Liga Premier Malaysia | ||
| 2019 | Ke-11, Liga Super Malaysia | ||
| Tapak sesawang | Laman kelab | ||
| |||
Persatuan Bola Sepak Perak II juga dinamakan Perak FA II atau Perak II yang berpusat di Ipoh, dalam negeri Perak. Ditubuhkan pada 30 Julai 2015 sebagai sebahagian daripada kelab sukan dan rekreasi untuk Kelab Bolasepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC). Kelab ini digabungkan dengan Perak FA pada akhir tahun 2019 sebagai satu kelab pembangunan pemain muda. Pasukan yang sebelum ini dikenali sebagai PKNP FC, dijenamakan menjadi pasukan feeder sebagai syarat penyertaan kelab feeder. Akan memulakan musim 2020 sebagai pasukan simpanan Perak FA dan akan bermain di Liga Premier Malaysia menggunakan Stadium Majlis Perbandaran Manjung dengan kapasiti 15,000 tempat duduk.