Penyedut minuman
Penyedut minuman atau penghisap (Riau) atau peleting (Kel., Ter.) ialah alat yang digunakan untuk menyedut cecair yang hendak diminum. Ia terutamanya memudahkan orang kurang upaya yang terbeban dari segi menelan air mahupun memegang bekas minuman yang barangkali terlalu berat.
"Peleting" asalnya bermaksud batang penggulung benang diperbuat daripada batang buluh kecil yang hendak ditenun menjadi kain songket yang terluas makna kerana sifat geronggangnya.
Pengeluaran penyedut minuman plastik menyumbang sebahagian kecil kepada penggunaan petroleum, dan penyedut yang telah digunakan menjadi sebahagian kecil daripada pencemaran plastik global apabila dibuang, kebanyakannya selepas sekali guna. Penyedut plastik tidak banyak dikitar semula dan mungkin terus mencemari pelbagai aspek alam sekitar, termasuk badan air dan jalan raya, disebabkan kekurangan pelupusan yang betul.