Penenunan
Penenunan adalah kaedah pengeluaran tekstil di mana sepasang dua jenis benang memanjang dan merenjang (yakni lungsin dan pakan) dikait silang bersama atau ditenun dalam alat tenun membentuk suatu helaian kain. Helaian kain tenunan boleh berwarna tunggal secara biasa atau boleh ditenun dengan pelbagai hiasan atau reka bentuk corak.