Penyakit tropika terabai
| Penyakit tropika terabai | |
|---|---|
| Pertindihan dunia enam NTD yang lazim. Khususnya penyakit cacing Guinea, filariasis limfa, onkoserkiasis, skistosomiasis, helmin tularan tanah, dan trakoma pada 2011. | |
| Pengkhususan | Penyakit berjangkit |
| sunting | |
Penyakit tropika terabai (NTD; bahasa Inggeris: neglected tropical diseases) ialah kelompok jangkitan tropika berbagai-bagai yang lazim dalam penduduk berpendapatan rendah di rantau membangun benua Afrika, Asia, dan Amerika. Ia disebabkan oleh berbagai-bagai patogen seperti virus, bakteria, protozoa dan cacing parasit (helmin). Penyakit-penyakt ini dibezakan dengan tiga penyakit berjangkit yang besar (HIV/AIDS, tuberkulosis, dan malaria), yang biasanya menerima rawatan dan dana penyelidikan yang lebih besar. Di Afrika sub-Sahara, kesan penyakit ini sebagai kelompok boleh dibandingkan dengan malaria dan tuberkulosis. Jangkitan bersama NTD juga boleh membuatkan HIV/AIDS dan tuberkulosis lebih membawa maut.