Penyakit Graves

Penyakit Graves
Pengelasan dan sumber luaran
Penemuan klasik bagi eksoftalmos dan retraksi kelopak dalam penyaki Graves
ICD-10E05.0
ICD-9242.0
OMIM275000
MedlinePlus000358
eMedicinemed/929 ped/899
MeSHD006111
Penafian perubatan

Penyakit Graves, juga dikenali sebagai goiter resap toksik dan penyakit Flajani-Basedow-Graves, ialah satu penyakit autoimun yang menjejaskan tiroid. Penyakit ini sering menyebabkan hipertiroidisme dan tiroid bengkak. Tanda-tanda dan gejala-gejala hipertiroidisme boleh termasuk kerengsaan, kelemahan otot, masalah tidur, degupan jantung pantas, toleransi teruk terhadap haba, cirit-birit, dan penyusutan berat. Gejala-gejala lain termasuklah penebalan kulit pada tulang kering, dikenali sebagai miksedema pratibia, dan masalah mata seperti pembonjolan, satu keadaan yang dikenali sebagai oftalmopati Graves. Sekitar 25% hingga 80% orang menghidap masalah mata.

Punca sebenar tidak jelas; Walau bagaimanapun, ia dipercayai melibatkan gabungan faktor genetik dan persekitaran. Seseorang adalah lebih berkemungkinan terjejas jika mereka mempunyai ahli keluarga dengan penyakit ini. Jika satu kembar mendapatnya terdapat 30% kembar yang lain juga turut akan mendapat penyakit ini. Pencetus penyakit ini mungkin disebabkan oleh tekanan, jangkitan, atau melahirkan anak . Mereka yang mempunyai penyakit autoimun yang lain seperti diabetes jenis 1 dan artritis reumatoid lebih berkemungkinan terjejas. Merokok meningkatkan risiko penyakit dan boleh membuat masalah mata lebih buruk. Hasil gangguan dari antibodi, yang dipanggil perangsangan imunoglobulin tiroid (TSI), mempunyai kesan yang sama bagi merangsang hormon tiroid (TSH) . Antibodi ini menyebabkan kelenjar tiroid menghasilkan lebih banyak hormon tiroid . Diagnosis mungkin disyaki berdasarkan gejala dengan ujian darah dan radioiodine pengambilan yang digunakan untuk mengesahkan penyakit ini. Biasanya ujian darah menunjukkan peningkatan T3 dan T4, TSH rendah, peningkatan pemgambilan radioiodine semua di kesemua bahagian tiroid, dan antibodi TSI.