Penyahkafeinaan
Penyahkafeinaan, penyahkafeinan atau dekafeinasi ialah penyingkiran kafeina daripada biji kopi, koko, daun teh dan bahan mengandungi kafeina. (Sementara minuman ringan yang tidak menggunakan kafeina sebagai ramuan kadang-kadang diperihalkan sebagai "ternyahkafeina", minuman tersebut lebih baik diistilahkan "tidak berkafeina" kerana ternyahkafeina menandakan bahawa pernah ada kafeina yang hadir pada satu masa sebelumnya.) Minuman ternyahkafeina biasanya mengandungi 1–2% daripada kandungan kafeina asli, dan kadang-kadang sebanyak 20%.