Pentas Akhir Piala Kelab Dunia FIFA 2018
| Peristiwa | Piala Kelab Dunia FIFA 2018 | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tarikh | 22 Disember 2018 | ||||||
| Tempat | Stadium Sukan Bandaraya Zayed, Abu Dhabi | ||||||
| Permain terbaik | Marcos Llorente (Real Madrid) | ||||||
| Pengadil | Jair Marrufo (Amerika Syarikat) | ||||||
| Kehadiran | 40,696 | ||||||
| Cuaca | malam yang cerah 22 °C (72 °F) 65% kelembapan | ||||||
← 2017 2019 → | |||||||
Pentas Akhir Piala Kelab Dunia FIFA 2018 dalah perlawanan akhir Piala Kelab Dunia FIFA 2018, sebuah kejohanan bola sepak yang dianjurkan oleh Emiriah Arab Bersatu. Ia adalah kejohanan Piala Kelab Dunia FIFA ke-15, FIFA - sebuah kejohanan yang dianjurkan di antara pemenang kelab-kelab daripada setiap enam konfederasi Eropah, serta pemenang liga dari negara tuan rumah.
Perlawanan akhir dipertandingkan antara kelab Sepanyol dan juara bertahan Real Madrid (yang memenangi dua edisi terakhir kejohanan), mewakili UEFA sebagai juara bertahan Liga Juara-Juara UEFA, dan kelab Emirat Al-Ain, mewakili negara tuan rumah sebagai juara bertahan Liga-Pro UAE. Perlawanan ini dimainkan di Stadium Sukan Bandaraya Zayed di Abu Dhabi pada 22 Disember 2018.
Real Madrid memenangi perlawanan akhir 4-1 untuk kali ketiga berturut-turut dan gelaran Piala Kelab Dunia FIFA keempat secara keseluruhan, memecah rekod Barcelona untuk menjadi juara terbanyak kejohanan.