Pentas Akhir Piala Dunia FIFA 2022

Pentas Akhir Piala Dunia FIFA 2022
PeristiwaPiala Dunia FIFA 2022
Selepas masa tambahan
Argentina menang 4–2 menerusi penalti
Tarikh18 Disember 2022 (2022-12-18)
TempatStadium Lusail Iconic, Lusail
Permain terbaikLionel Messi (Argentina)
PengadilSzymon Marciniak (Poland)
Kehadiran88,966
CuacaSebahagiannya mendung
22 °C (72 °F)
64% kelembapan
2018
2026 →

Pentas Akhir Piala Dunia FIFA 2022 adalah kejohanan bola sepak yang diadakan untuk menentukan juara Piala Dunia FIFA 2022. Ini merupakan pentas akhir ke-22 Piala Dunia FIFA, sebuah kejohanan empat tahun sekali yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki anggota persatuan FIFA. Kejohanan ini diadakan di Stadium Lusail Iconic di Lusail pada 18 Disember 2022, hari kebangsaan Qatar, dan dipertandingkan oleh Argentina dan Perancis. Argentina memenangi perlawanan dengan 4–2 menerusi sepakan penalti berikutan keputusan seri 3–3 selepas masa tambahan bagi gelaran Piala Dunia FIFA ketiga mereka.

Dalam separuh pertama perlawanan, Argentina mendahului 2–0 dengan gol penalti kapten Lionel Messi dan gol Ángel Di María pada separuh masa, tetapi kejayaan dua gol Kylian Mbappé berjaya meletakkan Perancis dalam kedudukan seri 2–2 lalu mengheret perlawanan ke masa tambahan. Dalam masa itu, Messi sekali lagi menjaringkan gol, tetapi dibalas oleh gol pelengkap hatrik Mbappé, menjadikan perlawanan muktamad dengan seri 3–3, membawa kepada penentuan penalti. Akhirnya, Argentina muncul juara dengan kejayaan penalti 4–2, sekali gus memperoleh kejuaraan Piala Dunia ketiga mereka– kejuaraan terkini sejak edisi 1986.

Sifat sengit dan berbalas-balasan perlawanan ini menerima kekaguman banyak pihak, dan disifatkan sesetengah pengulas sebagai antara perlawanan akhir Piala Dunia terbaik dalam sejarah.