Pentas Akhir Copa América 2021
| Peristiwa | Copa América 2021 | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Tarikh | 10 Julai 2021 | ||||||
| Tempat | Stadium Maracanã, Rio de Janeiro | ||||||
| Permain terbaik | Ángel Di María (Argentina) | ||||||
| Pengadil | Esteban Ostojich (Uruguay) | ||||||
| Kehadiran | 7,800 | ||||||
| Cuaca | 21 °C (70 °F) 88% kelembapan | ||||||
← 2019 2024 → | |||||||
Pentas Akhir Copa América 2021 adalah perlawanan bola sepak yang akan datang untuk menentukan pemenang Copa América 2021. Perlawanan ini akan menjadi perlawanan akhir ke-47 Copa América, sebuah kejohanan empat tahun sekali yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan lelaki anggota persatuan CONMEBOL. Perlawanan akan diadakan di Stadium Maracanã di Rio de Janeiro, Brazil, pada 10 Julai 2021 .
Perlawanan akhir ini menampilkan dua pasukan lawan; Brazil, tuan rumah kejohanan dan Argentina. Argentina memenangi perlawanan 1–0 untuk merangkul gelaran Copa América kelima belas mereka dan yang pertama sejak 1993, memberikan Lionel Messi trofi antarabangsa senior pertamanya enam belas tahun dalam kariernya. Argentina juga menyamai rekod Uruguay mengenai gelaran Copa America.