Pensil (filem)
| Pensil | |
|---|---|
| Pengarah | M. Subash Abdullah |
| Dihasilkan oleh | Surenthar |
| Dibintangi | M. Subash Abdullah Ruminah Sidek Maimon Mutalib Khatijah Tan |
| Diedarkan oleh | Grand Brilliance |
| Negara | Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Malaysia |
Pensil ialah sebuah filem drama kemasyarakatan arahan pengarah baru, M. Subash Abdullah yang ditayangkan di pawagam Malaysia pada 12 Jun 2008. Filem yang dibintangi M. Subash Abdullah, Maimun Mutalib, Ruminah Sidek, Khatijah Tan dan Jalil Hamid ini menunjukkan keperitan hidup golongan kurang upaya. Filem ini merupakan asal daripada filem Tamil berjudul Pensil diarah oleh pengarah yang sama pada tahun 2006 dan merupakan antara filem terbaik Tamil yang dihasilkan di Malaysia. Mula ditayangkan buat pertama kali di saluran perdana Astro Box Office Movie Tayangan Hebat pada bulan November 2008.