Penny

Penny ialah suatu subunit mata wang. Ia lazimnya unit terkecil dalam mata wang yang dibahagikan ini. Ia merupakan kesinambungan daripada unit denarius yang diteruskan dari zaman Rom Purba semasa zaman pemerintahan Charlemagne ke atas banyak kawasan Eropah ketika itu.

Nama unit ini turunan bahasa Inggeris Kuno peni pertama kalinya dalam suatu manuskrip bahasa Scots tahun 1394, Ada banyak teori berpincang mengenai asal-usul peni ini, sama ada dari *panding dalam bahasa Frank Hilir turunan Bahasa Jerman Hulu Kuno pfant "gadaian" (pawn, sebagai tanda perjanjian membayar pinjaman harta), *panning "kuali" (frying pan) ataupun turunan *ponding serapan bahasa Latin pondus. Ada juga usulan yang menyatakan bahawa ia serapan bahasa Punic pane atau pene "muka" yakni merujuk kepada wajah dewi Tanit yang menghiasi semua kepingan wang di Carthage.