Penne
| Penne | |
|---|---|
Penne lisce berpermukaan licin | |
| Jenis | Pasta |
| Tempat asal | Itali |
| Bahan yang biasa digunakan | Air, tepung |
| Keragaman/variasi | Penne lisce, penne rigate, pennoni, mostaccioli |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Penne [ˈpenːe, pén-né] ialah sejenis pasta picitan berbentuk silinder di mana kedua-dua hujungnya meruncing; nama pasta datang daripada nama bahasa Latin penna (yang bermaksud "bulu pelepah") menggambarkan rupanya seumpama rekaan mata pena dakwat yang ada pada ketika itu.
Pasta ini sangat digemari kerana bentuknya yang mampu menakung kuah masakan (termasuk pesto, marinara atau arrabbiata) .