Pengurangan hingar
Pengurangan hingar ialah proses mengurangkan atau mengeluarkan kesan hingar daripada isyarat, di mana proses ini terpakai untuk audio dan imej. Proses ini biasanya dibuat dengan menggunakan alat elektronik.
Algoritma-algoritma pengurangan hingar mungkin mengherotkan isyarat kepada tahap tertentu. Bagi mengelakkan perubahan pada isyarat, algoritma pengortogonan isyarat dan hingar tempatan boleh digunakan.