Penggiliran tanaman

Pertanian
Umum
Agronomi · Penternakan
Perladangan ekstensif
Perladangan intensif
Perladangan kilang
Perladangan organik
Permakultur · Perniagaan tani
Pertanian · Pertanian bandar
Pertanian mampan
Pertanian perindustrian
Sains pertanian · Ternak lepas
Sejarah
Sejarah pertanian
Revolusi Neolitik
Revolusi Pertanian Muslim
Revolusi Pertanian British
Revolusi Hijau
Khusus
Akuakultur · Berladang ternak
Dusun · Gandum · Hidroponik
IMTA · Jagung · Kacang soya
Kayu gergaji · Meragut · Padi
Penternakan ayam itik
Penternakan babi intensifif
Penternakan biri-biri
Penternakan tenusu
Sistem Intensifikasi Padi
Kategori
Bioteknologi
Pemprosesan daging
Penternakan ayam itik
Pertanian mengikut negara
Sejarah perladangan
Syarikat pertanian
Ternakan
Portal Agropedia

Penggiliran tanaman ialah amalan menanam satu turutan jenis tanaman yang berbeza di kawasan yang sama merentasi urutan musim penanaman. Amalan ini mengurangkan kebergantungan sesuatu tanaman terhadap satu jenis nutrien, mengurangkan tekanan dari makhluk perosak dan agen penyakit, serta mengurangkan kebarangkalian makhluk perosak dan rumpai liar untuk terhasil rintangan terhadap racun.

Menanam tanaman yang sama di tempat yang sama selama bertahun-tahun berturut-turut, yang dikenali sebagai penanaman tunggal, secara beransur-ansur menghabiskan nutrien tertentu pada tanah tersebut dan menggalakkan daya saing antara jenis-jenis makhluk perosak di tanah tersebut. Tanpa mengimbangi penggunaan nutrien dan mempelbagaikan komuniti makhluk perosak serta rumpai liar, produktiviti monokultur sangat bergantung kepada input luaran yang mungkin berbahaya terhadap kesuburan tanah. Sebaliknya, penggiliran tanaman yang direka bentuk dengan baik boleh mengurangkan keperluan baja sintetik dan racun rumpai dengan menggunakan perkhidmatan ekosistem yang lebih baik daripada set tanaman yang pelbagai. Selain itu, penggiliran tanaman boleh memperbaiki struktur tanah dan bahan organik, yang mengurangkan hakisan dan meningkatkan daya tahan sistem ladang.