Sistem Intensifikasi Padi
Sistem Intensifikasi Padi (Inggeris: System of Rice Intensification, SRI) ialah satu kaedah penanaman padi yang digunakan untuk meningkatkan hasil padi. Sistem ini telah diasaskan pada tahun 1983 oleh seorang paderi dari Perancis bernama Henri de Laulanie di Madagascar. Walau bagaimanapun, ujian penuh bagi sistem ini hanya berlaku beberapa tahun kemudian. Produktiviti hasil dari SRI masih menjadi perdebatan diantara penyokong dengan pengkritik sistem ini.