Pengawal Empayar Jepun
| Pengawal Imperial 近衛師団 | |
|---|---|
| Aktif | 1867 - 1945 |
| Dibubarkan | 1945 |
| Negara | Empayar Jepun |
| Kesetiaan | Maharaja Jepun |
| Jenis | Tentera darat |
| Peranan | Infantri Kavalri Artileri |
| Saiz | 3 Divisyen 10 Rejimen |
| Pangkalan | Tokyo |
| Pertempuran | Pemberontakan Satsuma Perang China-Jepun Pertama Perang Jepun-Rusia Perang Dunia I Perang Dunia II |
| Komander | |
| Komander terkenal | Yamagata Aritomo, Ōyama Iwao, Kotohito Kan'in, Hajime Sugiyama, Hideki Tojo, Yasuji Okamura, Shunroku Hata, Tadamichi Kuribayashi, Tomoyuki Yamashita, Masaharu Homma |
Pengawal Imperial Jepun (近衛師団 このえしだん Konoe Shidan) adalah organisasi yang khusus bagi melindungi Maharaja Jepun, kaum kerabat, istana dan harta bendanya yang lain. Pengawal Imperial Jepun turut bertugas sebagai unit elit dalam Tentera Darat Imperial Jepun. Menjelang akhir Perang Dunia II Pengawal ini telah dibubarkan, dan pada tahun 1947 Pengawal Imperial awam telah dibentuk dan menjadi sebahagian dari Agensi Polis Negara Jepun.