Pengangkutan rel di Singapura
Pengangkutan rel di Singapura adalah satu daripada aspek pengangkutan di Singapura.
Pengangkutan rel ini wujud dalam tiga bentuk utama, sambungan rel antarabangsa dikendalikan oleh syarikat Malaysia Keretapi Tanah Melayu, sistem alihan laju yang dikenali sebagai sistem Mass Rapid Transit (MRT) dioperasi oleh dua syarikat pengangkutan awam besar SMRT Corporation dan SBS Transit, dan aliran-aliran Light Rail Transit yang juga dikendalikan oleh kedua-dua syarikat ini. Tambahan pula, terdapat laluan rel tempatan beroperasi di tempat-tempat seperti Lapangan Terbang Changi Singapura, Pulau Sentosa, dan Jurong BirdPark.