Penerbangan 610 Lion Air

Penerbangan 610 Lion Air
PK-LQP, pesawat yang terhempas dalam insiden, gambar diambil pada September 2018
Kemalangan
Tarikh29 Oktober 2018
RingkasanTerhempas ke laut sejurus selepas berlepas
Tapak kejadianLaut Jawa di seberang Karawang, Indonesia
5°46′15″S 107°07′16″E / 5.77083°S 107.12111°E / -5.77083; 107.12111
Pesawat
Jenis pesawatBoeing 737 MAX 8
PengendaliLion Air
No. penerbangan IATAJT610
No. penerbangan ICAOLNI610
Huruf pengenalanLION INTER 610
Kod pendaftaranPK-LQP
Asal penerbanganLapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta
Jakarta, Indonesia
DestinasiLapangan Terbang Depati Amir
Pangkal Pinang, Indonesia
Penumpang181
Anak kapal8
Kematian189 (semua)
Terselamat0
140km
87miles
Tempat kemalangan
LT Depati Amir
LTA Soekarno Hatta
   
Laluan Penerbangan 610 Lion Air

Penerbangan 610 Lion Air (Kod IATA: '''JT610''', kod ICAO: '''LNI610''') ialah sebuah perjalanan penerbangan domestik yang dikendalikan syarikat penerbangan Indonesia, Lion Air dari Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta ke Lapangan Terbang Depati Amir di Pangkal Pinang. Pada 29 Oktober 2018, sebuah pesawat yang mengendalikan perjalanan ini telah terputus hubungan dan terhempas kira-kira 13 minit selepas berlepas. Bangkai pesawat Boeing 737 MAX 8 telah ditemui di Laut Jawa, seberang pulau Jawa. Pihak rasmi membuat kesimpulan bahawa kesemua 189 penumpang dan anak kapal terkorban.