Lebah

Lebah
Lebah madu mengutip debunga
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Apoidea
(tanpa pangkat):
Anthophila
Famili

Andrenidae
Apidae
Colletidae
Dasypodaidae
Halictidae
Megachilidae
Meganomiidae
Melittidae
Stenotritidae

Sinonim

Apiformes

Lebah (Jawi: لبه) merupakan sejenis serangga terbang sosial yang hidup berkelompok dan lebih dikenali kerana peranan menyenyawakan bunga, serta menghasilkan madu dan lilin daripada cecair manis yang dihisapnya. Terdapat kira-kira lebih 16,000 spesies lebah dikenalpasti dalam tujuh keluarga diktiraf, lebah-lebah ini boleh didapati di setiap benua dan setiap habitat planet yang ada tumbuhan berbunga kecuali di Antartika.

Lebah mencari makanan di luar sarang. Setelah menemui sumber, mereka membawa jeli diraja ke sarang sekadar yang termampu. Lebah akan mengingati lokasi sumber makanan tadi dan akan meminta bantuan rakan-rakan yang berada di sarang. Mereka memulakan dengan gerakan berbentuk nombor 8 di dalam sarang dan bergerak atau menggoyangkan badan seakan-akan menari sebagai isyarat jarak sumber makanan tersebut. Di hujung tarian, lebah-lebah lain akan memahami dan terus menuju sumber makanan tersebut dengan tepat. Ia haiwan paling dibergantung mendebungakan 80% tanaman yang dikerjakan dalam aktiviti pertanian. Apabila tiba musim mengawan, lebah akan menggeriak dalam kawanan besar yang terbang ke kawasan yang sesuai untuk membina sarang baru.