Pendawaian elektrik

Pendawaian elektrik merupakan satu sistem rangkaian pengalir elektrik bagi mengangkut arus elektrik ke peralatan elektrik yang terlibat. Rencana ini adalah berkaitan dengan sistem pendawaian bagi bangunan di Malaysia.

Di Malaysia, sistem pendawaian elektrik adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia sebagaimana yang termaktub di bawah Akta Bekalan Elektrik 1990, Peraturan-Peraturan Elektrik 1994, Piawaian MS IEC 60364:2003 ‘Electrical Installations of Building’, MS 1936:2006 ‘Electrical Installations of Building - Guide To MS IEC 60364’ dan MS 1979:2007 ‘Electrical Installation of Building – Code of Practice’. Sistem pendawaian yang digunakan di Malaysia adalah hampir serupa dengan piawaian pendawaian elektrik yang digunakan oleh United Kingdom tetapi dengan piawaian bagi wayar pengalir yang sudah berubah.