Penculikan Proserpina

Penculikan Proserpina

Maklumat umum
Jenisxx SArca
Penciptaxx SGian Lorenzo Bernini
Dicipta pada1621–22 (1621–22)
Ditauliahkan olehxx SScipione Borghese (mul)
Genrexx SGroup of sculptures (en) , mythological sculpture (en) dan Seni bogel
Gerakanxx SBaroque
SubjekPenculikan, Persephone, Proserpina (en) , Hades, Pluto, wanita dan lelaki
Saizxx S225 cm (
Lokasixx S
Koleksixx SGalleria Borghese, Rom
Pengkataloganxx S
Nombor inventorixx SCCLXVIII
Katalogxx S10
sunting · sunting di Wikidata

Penculikan Proserpina (Itali: Ratto di Proserpina) ialah sebuah arca Baroquebesar daripada marmar oleh artis Itali Gian Lorenzo Bernini, yang dihasilkan antara tahun 1621 dan 1622, pada awal kerjaya Bernini. Arca ini disiapkan ketika Bernini baru berusia 23 tahun, menggambarkan penculikan Proserpina, yang ditangkap dan dibawa ke alam ghaib oleh dewa Pluto. Ia menampilkan Pluto menjulang Proserpina, dan Cerberus untuk melambangkan sempadan ke alam ghaib tempat Pluto membawa Proserpina.

Kardinal Scipione Borghese menempah arca ini dan memberikannya kepada Kardinal-anak saudara yang baru dilantik, Ludovico Ludovisi, mungkin untuk mengambil hatinya. Arca itu menunjukkan kisah Proserpina, yang mungkin berkaitan dengan kematian Paus Paulus V baru-baru itu atau kuasa baharu Ludovico. Bernini mendapat inspirasi daripada dua artis, Giambologna dan Annibale Carracci untuk arca itu, satu-satunya karya yang pelan dan lakaran awalnya masih wujud. Penculikan Proserpina diperbuat daripada marmar Carrara yang nadir, dan pada asalnya diletakkan di atas ketapak, kini sudah musnah, dengan puisi oleh Maffeo Barberini. Kerealistikannya dipuji kerana marmarnya nampak betul-betul seperti kulit manusia dan kain. Terdapat banyak perincian, seperti titisan air mata yang menonjolkan ekspresi wajah Proserpina.