Persatuan Penulis Nasional Malaysia

Persatuan Penulis Nasional Malaysia
Penubuhan
AsalMalaysia
Identiti
Kawasan berkhidmatMalaysia
FokusSastera
Laman sesawangpenamalaysia.com
sunting

Pengenalan

Persatuan Penulis Nasional Malaysia atau PENA ialah sebuah organisasi yang ditubuhkan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada 12 Februari, 1961. Pada awalnya, ia hanya dikenali sebagai Persatuan Penulis Nasional sahaja, tetapi selepas terbentuknya negara Malaysia, nama rasminya menjadi Persatuan Penulis Nasional Malaysia.

Rumah PENA yang terletak di Jalan Lapangan Terbang Lama, Kuala Lumpur merupakan pusat aktiviti Persatuan Penulis Nasional Malaysia telah mendapat peruntukan RM1 juta dari kerajaan pada 2011 bagi membaiki semula bangunan.