Pemuras

Pemuras (bahasa Inggeris blunderbuss) ialah bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek, besar, yang kembang di muncung, dan digunakan bersama peluru timah hitam (lead). Pemuras merupakan bentuk awal bedil yang digunakan bagi ketenteraan dan kegunaan pertahanan. Istilah terakol (dragon) digunakan bagi menggambarkan pemuras dalam bentuk pistol tangan, dan dalam bentuk ini istilah dragoon terbentuk.

Pemuras biasanya berupa amat pendek dengan laras kurang daripada 60 cm dibandingkan dengan laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang. Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras terakul kancing roda (’’wheel lock’’) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi pemuras.

Nama "pemuras" itu diturunkan daripada "muras" yang diertikan sebagai suatu "meriam sundut" atau meriam yang dicucuh.