Tarkul
Tarkul atau terakol, terkul dan terakul (Jawi: تركول) adalah antara senjata api yang digunakan di Nusantara. Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda yang mana kemajuan teknologi ini membolehkan senjata ini membakar serbuk bedil secara sendiri tanpa memerlukan sumbu.
Istilah ini boleh merujuk kepada blunderbuss dalam bentuk pistol, tetapi juga boleh merujuk kepada musket flintlock. Tarkul nampaknya lebih disukai oleh pasukan berkuda kerana saiznya. Mereka menggunakan mekanisme flintlock, dan mungkin berasal dari senapang flintlock Belanda yang memasuki kawasan itu pada abad ke-17. Walau bagaimanapun, kemungkinan senjata ini hanya popular di kalangan pahlawan Melayu sejak kebelakangan ini — terakul baru direkodkan dalam Tuhfat al-Nafis dari tahun 1860-an. Manuskrip itu menyebut bahawa tentera Bugis dengan zirah rantai dan bersenjatakan terakul pemburas mengalahkan tentera Raja Kechil bersenjatakan meriam dan pedang pada 1721 M.